Saturday, September 29, 2007

" 50 Tahun Merdeka"

Selalu aku dengar orang cakap “orang muda sekarang tak tahu menghargai kemerdekaan, tak berjiwa merdeka langsung dan tak tahu erti merdeka” Sebenarnya tak semua anak muda macam tu… ramai je yang bersemangat Sambut Kemerdekaan Malaysia, contonya stadium UiTM penuh masa sambut 50 tahun merdeka baru-baru ni … aku pun same pegi stadium … nak tunjuk jugak aku berjiwa merdeka… I luv Malaysia beb!

Oleh kerana aku tinggal kat hostel, maka aku menyambut 50 Merdeka di Stadium UiTM la.. lebih dekat, lebih selamat( sebab malam kan) lebih banyak persembahan yang menarik dan mesti ade sketsah tentang Merdeka Oleh bebudak PA(Performing Art). Aku pegi berempat dengan roommate, kami dah janji nak pegi same-same memandangkan semua tak balik kampong.
  • "Semangat Kemerdekaan"



Waktu kami sampai stadium orang dah penuh… rupenye ramai jugak student yang sambut merdeka kat stadium UiTM ni…. Sempena Sambutan 50 Merdeka ni UiTM telah menjadi tuan rumah untuk sambutan kemerdekaan peringkat IPT, so banyak la acaranya .. antaranye menyambut rombongan konvoi berbasikal daripada UiTM cawangan..( tu dah menunjukkan orang muda juga bersemangat untuk sama-sama menjayakan sambutan merdeka).

Berbalik kepada persoalan “orang muda tak reti menghargai kemerdekaan dan sebagainya” aku menjadi TAK SETUJU plak dengan pendapat mereka ni bila aku pegi sambutan 50 tahun kemerdekaan ni…. Mane tak nye kalau la diorang ni terpakse pegi ke stadium tak la diorang semua bawak bendera… boleh dikatakan ¾ daripada mereka-mereka yang datang ke stadium malam tu bawak bendera, yang kecik, yang besar, yang sederhana…semua jenis ade… bukan setakat budak lelaki je… budak perempuan pun same.. bawak yang besar , siap ade kayu lagi.. senang nak kibar… roommate aku pun puji “ semangat nyer diorang ni”( lagi satu bukti orang muda betul-betul menghargai kemerdekaan)
Aku jadi terharu lagi dengan semangat kemerdekaan yang di tunjukkan oleh student UiTM ni bila diorang same-same count dawn menanti detik kul 12, dan diorang pun sama-same melaungkan kan “MERDEKA” sebanyak tiga kali dengan kuat dan semangatnye sampai bergema stadium…. Lepas tu depa semua dapat menyanyikan lagu patriotic dengan kuat dan lancar… kalau diorang tak sayang kan Malaysia tak la depa hafal lagu “keranamu Malaysia”, lagu “jalur Gemilang” dan lagu patrotik yang lain.( terbukti la kita orang muda memang tahu menghargai kemerdekaan)

  • "Suasana Stadium UiTM"


Kesimpulannya, tanggapan masyarakat terhadap anak-anak muda sekarang tak tahu menghargai kemerdekaan adalah tidak benar kerana bukan semua anak muda yang tak berjiwa merdeka. Dari apa yang dapat aku perhatikan semasa sambutan 50 tahun merdeka pada hari khamis, 30 oktober 2007 iaitu malam 31 oktober tu aku telah menjumpai tiga bukti yang menunjukkan tak semua anak muda tak tahu menghargai kemerdekaan …. Diorang ni masih ada semangat kemerdekaan … hanya golong vateren ni perlu memupuk dan menunjukkan haluan.. jadi mereka akan tahu.

Leka dengan persoalan diatas aku lupe plak nak bagi tau korang bahawa artis pujaan aku masa aku kecik-kecik dulu( masa aku darjah 3 ngan darjah 4) datang buat persembahan… sape lagi kalau bukan penyanyi “ Gerimis Mengundang”… hehe ZAMANI SLAM.. suara dia tak berubah-ubah dari aku kecik sampai la aku dah besar panjang ni… gaya dia nyanyi pun same… suke sangat pegang dada dia macam orang sakit dada.. haha!

Apa yang pasti aku seronok sangat, ni la kenangan terakhir aku sambut Merdeka kat UiTM ni.. sebab bulan JUN 2008 aku dah tak bergelar pelajar UiTM lg..huhu sedih…nak tinggal kan dunia belajar… UiTM dihatiku!
  • "video bunga api, dengar kan jeritan kitaorang!"

  • "video nyanyian lagu patriotik oleh student UiTM"

No comments: