Saturday, September 29, 2007

"Tekam Plantation Resort"

Tekam plantation resort ni aku pegi mase aku semester 4(part 4) kat Jerantut , Pahang... seperti biasa aku pegi untuk publishing club punye family day … ni la aktiviti wajib kitaorang every semester…Kali ni program kitaorang di panggil “TEKAM CHALLENGE” kerana aktiviti kami kali ni banyak yang mencabar dan berlainan dari aktiviti yang pernah kami buat pada semester-semester yang lepas.

Sememang nye aku tabik giler kat organizer kerana Berjaya organize aktiviti yang mencabar… antara aktiviti yang paling aku suke dan tercabar ialah ketika ‘berakit’ dengan rakit yang dibuat sendiri oleh kami. First aku dengar taklimat dari facilitator (Pegawai Tekam Plantation yang handle aktiviti kitaorang) suruh buat rakit sendiri aku terasa sedikit cuak..( kalau tersalah ikat rakit tu senang pecah, dah la kena naik 10 orang, aku plak tak pandai berenang) … kuat ke rakit yang kitaorang buat sendiri nanti… yang lebih menakutkan diorang(facilitator) tak kan tunjuk kat kitaorang cara yang betul untuk ikat rakit, diorang kate pandai2 la nak ikat camne pun ( yang meletup nye diorang kate tak kan belajar dah sampai masuk universiti pun ikat rakit tak reti.. huhu terasa giler)…

Ape yang aku rasa bila berakit?

  • "Nak buat rakit bukan senang tau, tak boleh salah ikat.. nanti cepat pecah"


First, aku rasa seram .. macam takut-takut nak cube sebab aku tak pandai berenang..kalau pun pakai “life jacket” orang kate boleh lemas, takut jugak la …tasik yang kitaorang nak berakit tu agak luas dan facilitator tu kate dalam.. tapi bila aku rasa ni la peluang yang perlu aku rebut, kalau aku tak cube sekarang bila lagi kn..belum tentu aktiviti akan datang ade aktiviti berakit ni….

Kami kena naik rakit yang kami buat seramai 10 orang, sebelum mula berakit tu ketua kumpulan aku pun Tanya la sape yang pandai berenang… malang nye yang angkat tangan hanya la 3 orang je… sekali-lagi aku rasa seram( makna nye kalau rakit pecah hanya 3 orang daripada 7 orang yang tak pandai berenang akan selamat.. adakah aku akan terpilih? huhu) .. bila naik je rakit aku pulak yang dapat pegang pendayung( hehe dah la tak pandai berdayung) tapi cube jugak… ikut arahan ketua kitaorang… yang tak pegang pendayung kena kira 1,2,3 kuat-kuat biar kitaorang yang pegang pendayung ni dapat berdayung dengan serentak..

  • "Tengok tu, semangat giler berakit.. walaupun tak tau berdayung"

    Bila aku pegang pendayung baru la aku rase bertapa berat nya nak menolak air… selama ni tengok orang berdayung kat tv tu macam ringan je… banyak jugak pancaroba waktu berakit… kalau rakit tu kearah kiri lain cara berdayung nye…ke kanan plak lain.. kita nak kena berjaga-jaga jangan sampai rakit tak berjalan atau pun berpusing-pusing je… penat gila! Bila tiba malam je tangan aku rase sengal-sengal …sakit akibat berdayung… hahaha.!!
  • "Ni contoh Batu Granit Yang Masih Hidup"


Selepas berakit, kitaorang pegi masuk Gua yang terdapat dikawasan Jerantut ni…. Antara Gua yang kitaorang masuk ialah Gua Terang Bulan, Gua Kota Gelinggi, Gua Sanding dan Gua Angin. Kami berjalan masuk ke dalam Gua mengikut group yang telah diberikan mase kami mula-mula sampai ke Tekam ni. So, ketua dan ahli kumpulan semua bertanggungjawab memastikan setiap ahli lain selamat dan sentiasa berada dalam kumpulan, sebab berjalan dalam Gua kan agak rumit dan merbahaya. Semasa dalam Gua kami di beritahu tentang sejarah Gua dan khazanah yang terdapat dalam Gua yang kami pergi tu oleh facilitator yang mengiringi kami. Apa yang menarik sewaktu kami berjalan ke dalam gua ialah masih terdapat batu granit yang hidup dan berbagai bentuk.. kami tak boleh sentuh, kerana batu tersebut akan mati bila terkena sentuhan manusia… facilitator kami juga menasihatkan agar menjaga mulut ( tak cakap yang bukan-bukan la) sewaktu kami berada dalam Gua takut benda yang tak di ingini berlaku… kami juga tak boleh sentuh dinding Gua sesuka hati takut ade binatang berbisa dan takut ade benda yang tak boleh di sentuh kami tersentuh… Alhamdulillah kami semua selamat ..


Di Tekam kami ade juga aktiviti explorace tapi berbeza sedikit dari explorace yang sebelum ni… Tekam plantation ni kawasan nye sangat la luas dan berdekatan dengan Felda Jengka so kawasan explorace kami jugak agak luas la.. letih kami berlari.. ( sampai singgah kedai beli air) Benda yang dia mintak kami cari pun pelik-pelik… Benda yang aku paling tak boleh lupe ialah “kelapa bali”… benda terakhir kumpulan aku kena cari .. bila dapat kertas tulis kelapa bali semua diam… ‘sorang kate kelapa bali tu macam kelapa muda biase yang orang jual kat tepi jalan tu tapi dia warne oren’.. yang sorang plak kate ‘pokok kelapa bali tu mesti pendek/ renek, kalau tinggi bukan kelapa bali’.. last sekali kami buat keputusan nak tanye kat pak cik yang jual air kelapa yang kebetulan dekat dengan kitaorang kalau pak cik tu jual kitaorang nak tontong(share) duit beli 5 biji….malang nye pak cik tu kate kelapa tu ade kat kebun.. kitaorang pun jalan la nak cari orang yang boleh tolog kitaorang amik kelapa tu kat kebun…. Kami pun Tanya la kat abang yang bawak motor roda tiga kot-kot dia bleh tolong kami amik buah kelapa tu.. tapi abang tu jadi pelik bila kitaorang mintak tolong amik kan ‘kelapa bali’ …. Abang tu kate kelapa bali tu kelapa sawit… kalau setakat nak amik lima biji tak payah nak gi kebun kat tengah jalan je melambak… kalau lima tan berbaloi jugak nak ke kebun !.... Terlopong mulut kitaorang bila abang tu kate kelapa bali tu sebenarnya kelapa sawit .. kalau kitaorang tau kelapa bali tu kelapa sawit sah-sah kumpulan kitaorang yang menang… huhu!

Sekian….

No comments: