Saturday, September 29, 2007

"Di Pantai Port Dickson"



Alhamdulillah…… aku masih dapat mengingati kenangan-kenagan terindah sewaktu aku di Port Dickson. So, dapat la aku mencoretkan serba-sedikit tentang program aku di Port Dickson…

Aku pegi ke Port Dickson pada 25 dan 26 febuari 2005 bagi menjayakan program ‘explore and express’ iaitu program family dayz untuk ahli kelab penerbitan… Mase ni aku berada di semester 2 kat UiTM …..Program ni adalah gabungan 2 aktiviti Utama yang mesti di anjurkan setiap semester oleh ‘publishing club’ iaitu ‘Publishing Night’ dan juga ‘Family Day’. Objektif Utama program ini adalah untuk merapatkan ukhwah antara para pelajar serta pensyarah…. kalau korang nak tau program ni bebudak sem aku la yang organize… sebab tu aku kate kenangan terindah...

Antara aktiviti yang berlangsung selama 2 hari di Port Dikson ialah “Publishing Night” dan juga “Family Day”. Mase “ Publishing Night” ni kami ade Dinner and akiviti-aktiviti ringan seperti cabutan bertuah, pertandingan karaoke, pertandingan makan sushi, rebut kerusi dan macam lagi la. “Family Day” pulak, first sekali kitaorang buat senam-robik(seronok) pastu kami buat macam-macam sukaneka, antaranya tiup tepung, isi air dalam botol, selipar gergasi, tarik tali, lari dalam guni dan pertandingan buat istana pasir.
  • " antara aktiviti masa family day"



  • "ni plak masa publishing night"



Program kat PD ni kami hanya perlu bayar RM80 seorang untuk kami menginap di Bayu Beach Resort Hotel, sarapan pagi, Dinner BBQ dan untuk acara sukaneka. Segala hadiah, hamper, door gift(waktu publishing night) dan cenderamata kami di taja oleh pihak TV3, Pasaraya Giant, Pasaraya Tesco, Hotlink, Best 104fm dan macam-macam lagi( tahniah kepada biro tajaan pandai korang cari penaja).

Menjadi salah seorang organizer untuk program kat PD ni memberi pengalaman baru untuk aku, bermula dari program ni aku belajar macam mane nak berkomunikasi dan berurusan dengan orang luar… sebab masa nak anjurkan event ni aku akan ikut ke mana je pengarah projek aku pegi, deal dengan pihak hotel, jumpe dengan pegawai hep untuk dapatkan kelulusan, jumpe dengan pegawai unit kenderaan untuk dapatkan bas, cari penaja, kira bajet(sebab aku bendahari), macam mane nak atur acara, bahagi-bahagi kan tugas dan macam-macam lagi. Sememang nye pengarah projek aku( merangkap class representer kitaorang) sangat-sangat la cekap… semua benda dia tahu… kagum giler dengan dia…

Ape yang lucu?
Hurm… pengalaman lucu kitaorang kat PD ialah kekalahan pertama dalam tarik tali hehe.. dengan bebudak sem 1(part 1) plak tu… malu giler….Mase pilih team tu kitaorang amik badan yang besar-besar je… lelaki 3 orang, yang lain perempuan yang badan besar( termasuk aku)…. Semua orang yang tengok pun dapat jangka kitaorang akan menang.. sebab ahli tarik tali nye gagah giler.. mula-mula tarik tu.. ok je ( tapi dalam hati “ kuat jugak budak part 1 ni kalau kalah malu nye”)… bila dengar member-member jerit “TARIK,TARIK,TARIK” … aku pun tarik la jugak… tapi terasa ke depan bukan kebelakang… (eh! Nape ke depan plak ni)… sekali tengok member paling belakang dan tersembam jatuh… kitaorang yang ala-ala nak kalah ni pun jerit “ Aizat, cepat bangun! Nanti kita kalah” … malang nye dalam kitaorang dok suruh Aizat bangun dan tangan tarik tali lebih kurang je.. pihak lawan telah mengambil kesempatan dengan… menarik tali sehabis tenaga diorang… dan kitaorang pun tersembam kedepan beramai-ramai… huhu.. malu giler bila ketua program kitaorang Pn. Zaliffah cakap “ ape la kamu ni, badan je besar-besar tarik tali dengan part 1 pun boleh kalah”… korang nak tau nape PN cakap macam tu kat kitaorang? Sebab nye team part 1 yang tarik tali tu semua nye kurus- kurus belaka ! pastu budak lelaki kelas diorang Cuma la sorang je… beza kekuatan 4@5 kali ganda dari kitaorang.. (tu la don’t judge book by the it cover)… tau2 je diorang bleh kalah kan kitaorang..

Akibat terlalu malu dengan kekalahan tarik tali tu.. kami pun keluarkan statement “ kitaorang semua penat Pn. Zaliffah, malam tadi pun meeting sampai pukul 4 pagi sebab nak pastikan kita semua hapi dengan event ari ni”…. (alasan je.. tapi memang penat pun maklum la organizer)…

  • "Ni la muke-muke organizer"

Ape yang aku pasti event ni sangat meriah, dari program ni la kitaorang jadi rapat buka setakat antara rakan sekelas tapi antara kitaorang dengan senior-senior dan juga junior. Lepas balik dari PD kami dah boleh say ‘Hi” kat kakak-kakak dan abang-abang senior…. Boleh kongsi macam-macam cerita and depa banyak tolong kitaorang buat assignment…! Bessst sanngaaat..







No comments: