Sunday, September 30, 2007

"Lambaian Pangkor"

Pulau pangkor merupakan trip terbaru aku bersama ‘publishing club’ seperti semester yang dulu-dulu kami akan buat family day luar UiTM … kali ni organizer yang memang terdiri dari student part 3(semester 3) memilih untuk membawa kami ke kawasan Pulau plak… (bagus la setiap semester ada kelainan, ahli kelab pun tak bosan)..

Bila dengar je organizerb kate trip kali ni diorang nak buat kat Pulau Pangkor, saat tu jugak fikiran aku melayang … terbayangkan keindahan pulau yang cantik, air laut yang kehijau-hijauan dan pasir yang putih melepak.. Wah! Best nye mandi laut…. Pastu aku terfikir plak … ape agaknya aktiviti yang diorang nak buat kalau pegi pangkor ni?... kalau kat Tekam dulu berakit.. mesti kat Pangkor ni berkayak kot !.. tak pun bertanding buat istana pasir macam kat PD…..huhu! tak sabar plak aku nak pegi( maklum la tak pernah sampai kat pangkor) … Terbang RM130 pun tak kisah la…lagi pun trip kali ni boleh jadi trip terakhir bagi bebudak class aku yang nak pegi pratikal semester depan…

Hurm.. kali ni aku akan cerita panjang sikit berkenaan trip aku ke pangkor ni… aku akan cerita dari hari pertama sampai detik-detik aku sampai semula ke UiTM ni… nak kate sedih tak jugak, nak kate seram pun sikit-sikit je la… nak kate happy , happy la jugak ..tapi bagi aku ni la trip yang paling kelakar dan penuh dugaan, kalau tak kelakar tak kan setiap kali kami bukak cerita pasal pangkor kami akan ketawa sampai terkeluar air mata….hehe! Tak semua orang dapat pengalaman macam kami… hanya orang-orang terpilih je merasa ape yang kami rasa … hahaha!( macam golongan orang yang beriman..hihi)

HARI PERTAMA (JUMAAT, 7 SEPTEMBER 2007)


· Kami di suruh berkumpul di fakulti seawal jam 11 pagi..

· Malangnya bas yang di tunggu-tunggu tak muncul-muncul… dari cuaca panas terik sampai la hujan lebat beserta ribut melanda Shah Alam….( Hurmm..kesian aku tengok bebudak part 1 yang bersemangat ikut trip ni.. maklum la baru pertama kali join trip “publishing club”…dari berdiri, duduk kemudian terbaring .. pastu tertido-tido kat celah-celah beg)

· Bila tengok situasi ni aku jadi kesian jugak kat organizer(bebudak part 3) kelam-kabut diorang tak henti-henti call unit kenderaan Tanya pasal bas kami .. paling kesian kat Pengarah Projek… bebuih mulut dia nak jawab soalan bebudak ni pasal bas… Dia kate bas yang bawak kitaorang ni rosak tengah di baiki..(la belum naik dah rosak ke?)

· Last-last bas sampai jugak la … dalam pukul 3.48 petang.. Fuh! Terkejut jugak la aku tengok rupa bas yang kitaorang nak naik tu.. kategori buruk jugak la.. Enjin pun bunyi semacam je… Dari tiga bas yang kami naik hanya dua bas je yang sampai ke jeti lumut tanpa masalah.. satu lagi tu bas nye jalan terkedek-kedek macam semut sebab pak cik bas kate bas tu tak leh masuk gear 5( korang bayang kan bawak student ramai-ramai tu gear tak leh masuk.. tak ke menempah maut namanya)

· Sampai ke jeti Lumut kami terus di arahkan untuk naik Feri.. hati yang telah terguris dek insiden bas tadi tiba-tiba je terubat bila kami tiba dalam feri… rasa macam tak sabar-sabar nak sampai ke Pulau Pangkor.. seronok la naik feri dok bahagian atas dapat tengok pemandangan malam… terjerit-jerit bebudak ni.. hapi la kot!

· Sampai je kat jeti Pangkor kami naik Bas Mini untuk ke Resort..hehe.. bebudak lelaki plak main jerit-jerit “pkns,pkns” hahaha ingat bas mini kat Shah Alam ke!.. agak sesak jugak la kitaorang dalam bas tu.. dari Dua bas besar tiba-tiba kena naik 2 bas mini yang pendek tu… sah-sah la macam ikan sardin… pastu jalan plak naik turun bukit macam nak ke Cameron Highlands plak dah…tapi bebudak ni tetap hapi… ketawa 24jam.. walaupun bas tu laju macam roller coster..tak rasa takut langsung.. haaa..!

· Aktiviti malam tu terpaksa di batal kan kerana kami sampai ke resort dah dekat pukul 11, so lecturer bagi kami rehat je… Tapi aku dengan bebudak class merayap kat kawasan pantai cari warung makan ikan baker(ni la masanya kami nak merapatkan silaturahim and ni la masa nak borak-borak tak lama lagi dah nak buat haluan masing-masing)… pukul 2 pagi baru kami balik ke bilik...

HARI KEDUA (8 SEPTEMBER 2007)

· Pada hari kedua ni kami buat aktiviti snorkeling, pepagi sekitar pukul 9.30 pagi selepas sarapan kami berkumpul di tepi pantai, naik bot pegi ke pulau Giam .. terletak di hadapan Pulau Pangkor.. lama jugak la kami berendam .. sampai ke tengahari pukul 12.30..

  • "Ni on the way nak pegi snorkeling"



· Petang pulak, sekitar pukul 3 sepatutnya kami ada aktiviti “ jungle tracking” kat situ ada jambatan gantung la.. macam-macam lagi pak cik bas mini cerita kat aku… tapi kami terpaksa batal kan disaat-saat akhir kerana ramai sangat yang nak tarik diri.. sakit kaki kena batu karang la, tak bawak sport shoes la, macam-macam alasan … lecturer kami pun tukar la plan.. dari “ jungle traking” kepada “Pangkor Tour”..

· “Pangkor Tour” pun seronok kami naik teksi( kat pangkor berbentuk van bleh naik 10 orang)… kami mengelilingi pulau pangkor dan singgah tempat-tempat menarik seperti Kota Belanda, Batu bersurat, kilang membuat satay ikan dan pusing-pusing sekitar pekan pangkor..

  • " Kenangan di Kota Belanda"



· Malam kami ada “PublishinG Night”… macam biasa dinner meraikan bebudak yang bakal meninggal kan UiTM… (termasuk la aku) . terima kasih kepada bebudak part 3 yang tak lupa meraikan kami..

HARI KETIGA (AHAD, 9 SEPTEMBER 2007)

· Hari ahad ni sepatutnya kami akan melawat kilang membuat ikan bilis dan ikan kering tapi terpaksa di batalkan kerana Bas kami akan datang awal sebab di nak amik rombongan student lain.. kami hanya sempat membeli-belah di pekan pangkor sebelum bertolak ke lumut…
· Kami tiba di jeti sekitar pukul 11 pagi… kami di benarkan untuk makan dan berjalan-jalan kat pekan lumut sementara menunggu bas datang .. sempat juga aku beli ole-ole…

  • "Bergambar di sekitar jeti Lumut"
  • "Ni plak waktu ronda-ronda kat Pekan Lumut"


· Sekali lagi kami menunggu bas yang tak muncul-muncul.. .. sekitar pukul 5 baru la bas tu sampai… (korang kira la bape jam kami tunggu bas).. huh! Letih tak ingat….. semua orang jadi lega bila bas dan mula bergerak …
· Tak sampai 20 minit bas bergerak… tiba-tiba je bas yang aku naik ni rosak kat traffic light..dah 5kali lampu merah bertukar hijau tapi bas tetap tak gerak-gerak.. akhir nya pak cik driver bas pun membuat pengumuman yang bas tu tak leh masuk gear…(macam-macam dah la datang lambat, pastu jalan tak sampai 20 minit dah rosak plak) tersadai la kitaorang kat tepi jalan tunggu MEKANIK …
· Sementara tunggu MEKANIKtu driver bas yang lain tolong tengokkan la apehal gear box bas aku ni…. Entah ape yang dia buat ..Tiba-tiba je bleh gerak.. tapi tak leh tekan brek nanti bas tu tak mau jalan lagi….n yang bleh pakai hanya lah gear 1 je … korang bayang kan la bas tu jalan macam semut, ye la gear 1 je yang bleh pakai….. sadis betul
· Adat di jalan raya.. mesti kena tekan brek.. betul tak? Kalau tak, tak kan di cipta brek tu…. Akhir nya driver terpaksa tekan break dan bas tak leh gerak lagi… maka kitaorang tersadai kat tepi jalan lagi…. Nasib baik la bas tu rosak kat depan Warung … dapat la kami makan-makan sementara bas di baiki.. Sebelum makan budak-budak lelaki kena tolak bas dulu.. abang MEKANIK tu mintak tolong… hehehe dalam penat-penat diorang berjaya jugak tolak bas..
· lepas makan je kitaorang pun naik Bas dengan perasaan yang amat la lega… Kitaorang dapat sorang RM10, untuk duit makan..( hanya bebudak bas aku je la yang dapat sebab terlibat dengan bas rosak ni ) aku la yang tukang bagi-bagi duit kat diorang.. belum sempat aku settle bagi duit kat semua orang dalam bas tu… tiba-tiba bas tu bunyi semacam .. macam bunyi gear tak masuk lagi.. aku yang kebetulan tegah berdiri dekat dengan drive pun Tanya la kat driver tu “ Pak Cik kenape ni”.. “ entah la dik, macam rosak lagi”……… aku pun tepuk dahi.. kalau rosak maksudnye ni kali ketiga kitaorang tersadai kat tep jalan ni..
· Memang dah takdir bas tu rosak lagi .. kali ni rosak berhampiran kedai runcit dan kedai bugger plak… maka bebudak ni pun turun beli buger plak.. Beli bugger sudah, makan bugger pun sudah tapi MEKANIK tak sampai-sampai… selepas 2 jam baru la MEKANIK tadi sampai kat tempat kitaorang…
· Ketua Program kitaorang mintak pak cik driver bas tu tukar bas lain ..memandangkan bas tu dah tiga kali rosak , rasa maca tak selamat plak nak balik Shah Alam…. Terpaksa la kami ke Tanjung Malim dulu untuk tukar bas baru bleh balik ke Shah Alam.. maka pegi la kami ke Tanjung Malim tu dengan bas yang kalau masuk gear dia bau hangit.. macam nak terbakar pun ade… nasib baik ke Tanjung Malim tu perjalanan nya hanya 20 minit hingga ke 30 minit je..
· Alhamdulillah kami dapat bas yang agak sempurna setibanya kami di Tanjung Malim… baru la aku dapat tido dengan lena nya… kami sampai Shah Alam pukul 3 pagi…
Dalam hal berkaitan bas ni aku tak tahu nak salah kan sape sebenarnya.. pada aku unit kenderaan UiTM pun salah juga kerana menyewa kan bas yang ala-kadar untuk kitaorang.. tak ke mereka terbayang nyawa yang bakal melayang sekiranya berlaku kemalangan akibat bas yang tak sempurna tu.. Syarikat bas pun sepatut nya fikir kan keselamatan kami… tak sepatut nya bas seburuk tu dia membawa kami.. kecewa dalam kegembiraan sebenar

No comments: