Friday, September 28, 2007

Haii...


Assalammualaikum…..wbkt..

Pertamanya, aku akan bagitau pada kalian semua.. bahawasanya blog aku destinasikudisini.blogspot.com merupakan blog yang akan aku coretkan tentang pengalaman aku pergi ke sesuatu tempat, bukan sahaja ke tempat-tempat pelancongan tapi kesemua tempat tak kira ke mane aku pergi pasti akan aku coretkan walaupun tempat tu orang tak pernah fikir nak pegi pun…. Segala pengalaman pahit, manis, masam,busuk,seram dan sebagainya akan ku kongsi bersama.

Korang mesti nak tau macam mane boleh tercetusnya idea untuk ‘publish’ destinasikudisini.blogspot.com kn?

‘Hurm…sebenarnya destinasikudisini.blogspot.com aku publish untuk memenuhi atau melengkapkan assignment subject publishing kat Uitm ni. Kami sekelas diminta untuk create blog dengan sebarang tajuk, pastu blog tu mesti mempunyai 5 post yang consistant…..

Setelah beberape bulan memikirkan apa yang aku nak buat… akhirnya aku membuat keputusan untuk buat blog berkaitan destinasi yang pernah aku pergi kerana belajar kat Uitm ni banyak jugak la aku melibat-libatkan diri dengan aktiviti ke luar kampus terutamanya untuk publishing club. So, boleh la aku coretkan serba sedikit tentang destinasiku kat blog ni..

Mase mula-mula nak create blog ni ..aku ala-ala pening lalat jugak la… mane nak berkarya( maklum la dah lama tak menulis karangan) nak belajar insert picture, insert video kt dalam blog ni dan macam-macam lagi, rase ‘leceh nye bt blog ni’…. Bila dah pandai sikit tentang blog ni aku mula “jatuh cinta” pulak kt dunia blog ni … seronok jugak rupenye.. antara sebab aku seronok dengan dunia blog ni kerana tajuk blog aku kot.. menulis tentang destinasi-destinasi yang pernah aku pergi ni sah-sah la mengingatkan aku pada kenangan lalu… teringatkan kawan-kawan zaman sekolah, roommate, coursemate dan semua la…. Sometime kita akan rase seronok bila tulis pasal pengalaman and perasaan kita pergi ke satu-satu tempat …tapi sedih tetap ade jugak sebab kebanyakkan destinasi yang aku tulis semua tentang destinasi aku pergi semasa aku di UiTM yang bakal aku tinggalkan tak sampai pun setahun je lagi…

Huhu!.. Insy-Allah aku akan terus berkarya dengan creative nye dalam blog aku ni selagi tulang empat kerat masih berfungsi…hehe… lagi pun bebudak course publishingkan digalakkan menulis untuk mengasah bakat… ni yang aku dok nak asah bakat aku .. mane la tau esok-esok aku jadi penulis terkenal hehe !...

No comments: