Friday, September 28, 2007

"Cameron Highlands"





Destinasi pertama yang ingin aku kongsi dalam rungan ini ialah destinasiku ke Cameron Highlands. Nak tahu kenapa aku jadikan Cameron Highlands sebagai destinasi pertamaku?... Hmm…Cameron Highlands merupakan tempat pertama aku pergi untuk mengikuti rombongan sekolah. Sebelum ini aku tak pernah pun ikut mana-mana rombongan sekolah, maklum la anak ayah .. tak pernah pun ayah aku izin kan aku pegi rombongan….

Lawatan ke Cameron Highlands ni aku pergi semasa aku tingkatan 6 rendah Sek.Men.Keb Aminuddin, Johor Bahru pada 5 hingga 7 september 2003. Cameron Highlands merupakan tempat yang di pilih oleh guru Pengajian Am untuk lawatan sambil belajar kami yang bertujuan untuk mengkaji kegiatan ekonomi penduduk Cameron Highlands…(tengok form 6 dah belajar nak buat research tau…hehe tapi academic writing semester ni tak siap2 due date dah dekat)

“Nak tahu ada apa dengan Cameron Hinghlands?”

“Jom baca sejarah dan latar belakang Cameron Highlands..”

Nama Cameron diambil daripada nama seorang Juru Ukur British iaitu William Cameron. Pada tahun 1885 William Cameron telah menyertai satu expedisi meneroka banjaran dan gunung-ganang untuk membuat peta sempadan antara perak dan Pahang. Hasil expedisi William telah membuat laporan tentang dataran yang tinggi dan cantik disebalik gunung-ganang. Pada tahun 1920 denai-denai telah dibuat untuk mendaki gunung dan stesen-stesen telah dibangunkan di kawasan-kawasan bukit sebagai petunjuk jalan. Pada masa itu julat suhu tidak melebihi 20 darjah celcius dan mempunyai tanah yang subur.

Faktor ini telah menarik minat Residen Muda British John Archibald Russel yang merasakan tanaman Teh berpotensi untuk dijadikan tanaman terpenting di Malaysia. Hutan dibersihkan, gadis-gadis digunakan untuk menanam teh. Bermulalah pengusahaan Ladang Teh pertama iaitu Ladang teh Boh. BOH bermaksud “Best of Highlands”, lanskap Ladang Teh pula disinonimkan sebagai “ Green Carpet of Malaysia”. Pada tahun 1929 kilang teh pertama telah dibina dan dipelopori oleh Sir John Archibald Russel juga.

Cameron Highlands terletak di negeri Pahang iaitu negeri terbesar di semenanjung dan ketiga terbesar di Malaysia. Ketinggian Cameron Highlands ialah 1524m dari aras laut. Cameron Highlands mengalami iklim sederhana sejuk iaitu sekitar 18 darjah celcius, namun suhu di Cameron Highlands dikatakan meningkat antara 1 hingga 2 darjah celcius akibat pembangunan pesat.

“ Jom kita tengok tempat-tempat menarik di Cameron Highlands yang sempat kami singgah semasa lawatan kami di sana..”


Honey Bee Farm





Honey Bee Farm merupakan salah satu tempat pelancongan yang popular di Cameron Highlands kerana ia merupakan satu-satunya tempat menternak lebah secara besar-besaran yang terdapat di Brinchang. Di kawasan ini terdapat berpuluh-puluh kotak menternak lebah yang di letak dibawah pokok berpagar agar tidak dapat disentuh oleh pengunjung. Di tempat ini juga terdapat pelbagai jenis bunga yang ditanam untuk mencantikan kawasan ini. Di Honey Bee Farm juga para pengunjung boleh mendapatkan madu lebah asli dan mendapatkan penerangan tentang cara pemakanan madu lebah yang betul serta mengetahui khasiat sebenar madu lebah yang disampaikan oleh pegawai khas mereka.


Rose Center



Rose Center dikenali sebagai lembah ros Brinchang. Ditempat ini juga terdapat lebih 100 spesis bunga ros dan terdapat sebuah muzium ros dimana para pengunjung boleh mengetahui asal-usul ros, tujuan pemberian ros daripada seseorang mengikut warna dan kuntum. Terdapat juga bunga-bunga lain yang di tanam dikawasan ini antaranya Carnation, Orkid dan Kekwa. Di dalam Rose Center ini juga terdapat kedai kraftangan yang menjual ros, anak benih pokok bunga ros, pokok kektus dan pelbagai kraftangan untuk dijadikan kenag-kenangan.


Ladang Teh


Tedapat beberapa buah ladang Teh di Cameron Highlands antaranya Boh Tea Estate, Sungai Palas Tea Estate dan Bharat Tea Estate. Ladang Teh yang rombongan kami lawati ialah Ladang Teh Sungai Palas. Kami bukan sahaja dapat melihat ladang teh tetapi juga kilang memproses teh.Di kilang Teh kami dapat melihat proses teh dari mula hingga ke peringkat akhir. Berhampiran kilang memproses teh terdapat sebuah kedai teh, dimana para pengunjung dapat menikmati pelbagai jenis perasa teh yang telah di simpan selama beberapa tahun, semakin lama teh itu disimpan semakin mahal harganya.


Strawberry Farm



Tempat yang paling aku idam-idamkan sejak dari rumah ialah Strawberi Farm sebab aku teringin nak tengok pokok buah strawberi ni macam mana. Di Cameron highlands terdapat beberapa tempat perusahaan strawberi antaranya ialah Raju Hill Strawberry Farm, Strawberry Farm dan juga Healty Strawberry Farm. Tempat yang kami lawati ialah Strawberry Farm, didalam tempat ini terdapat pokok –pokok strawberi yang di letak di atas yang tinggi kerana pokok strawberi ini jenis pokok yang menjalar dan berjuntai. Pokok srawberi ini setiasa berbuah tetapi tidak sebanyak musim berbuah. Apa yang menarik semasa tibanya musim berbuah ialah pengunjung boleh mendapatkan buah strawberi ini dengan harga yang sangat murah kerana pengusaha tidak boleh simpan lama buah strawberi yang sudah masak ia mudah busuk. Selain itu, semasa tiba musim buah ini, penjual akan mempelbagaikan jualan buah strawberi antaranya ian mereka membuat aiskrim strawberi dan jem strawberi pior.

Sekian je.. laporan ke “CAMERON HIGHLANDS”

1 comment:

ZuRaWiTa AhMaD said...

hi ila..bestnya pegi cameron highlands..akak penah pegi sekali thn 2007....thn 2009 ni nak pegi lagi...pada bln 1...husband pun teruja nak pegi lagi....